Saturday, 28 May 2011

Kata nak ...

Aku ingat balik je rumah lepas MDS tuh aku nak qada' tido bagai nak rak. Tapi dalam kereta aku borak-borak dengan Angah pasal apa yang berlaku time MDS & benda pasal u nih sume. Asrama kat mana kat mana kos apa ada and tuh sume laaahh.

Termasuk jugak tentang intipati talk yang pasal bangsa melayu. Aku bincangkan dengan Angah. Ternyata pendapat Angah sama dengan penceramah. Hmmm.

Okay walaupun aku dah makan lunch, tapi aku makan lagi. Kat R&R Pagoh. Dulu time aku datang situ, aku dari Septechs but now, aku dari UiTM Segamat. Heee.  Lepas makan tuh, masuk kereta. Cakap-cakap sms sikit then aku tido. Hp berbunyi pon aku tak layan. Lepas highway JB aku bangun and pergi Guardian Plaza Pelangi jap. Beli barang emergency. Hahaa.

Untuk dinner, aku masak kari ayam. Okay. Baca dua tiga kali. AKU masak. Ngeeee. Bangga lah abah aku dah boleh masak lauk selain ayam masak kicap -.- Kahkahkahhhh. Malam tuh aku online sampai lebih kurang dua pagi. Update otak aku pasal kawan-kawan aku. Heee. Aku sangka aku akan bangun lewat pagi tuh. Tapi awal wehh. TAHNIAH buat aku sebab dah berjaya buang pangai buruk iaitu bangun terlalu lambat.

Yeayyyy! Bangun tido, tengok Fazree&Lihin dah sampai. Kami memang macam nih. Setiap kali cuti sekolah yang lebih satu minggu, di JB ni lah kami akan menapak. Heee. For lunch aku masak ayam masak kicap :D So gooooooodddd :D

Malam nih nak keluar. Shopping baju. Heee. And barang-barang nak bawak balik kolej. Okay. Tu jeee . Byeeee <3

No comments: